Jumaat, 15 Oktober 2010

Selamat Hari Jadi untuk LILA....

Hari jadi Lila yang kelima kami sambut dengan meriah, walaupun kami sambut sekeluarga je tapi tetap sangat meriah. Saya paling suka waktu makan sebab kek yang ibu babah beli sedap sangat. Semasa kami makan Lila yang paling tak sabar sebab dia nak bukak hadiah, Lila dapat hadiah patung comel dari ibu. Ibu kata anak patung tu serupa dengan Lila sebab rambut anak patung tu macam rambut Lila. Babah pula belikan barang PowerPuff Girl untuk Lila. Ada minyak wangi, sabun dan syampu. Adik saya ni suka tengok kartun PowerPuff Girl. Saya belikan Lila permainan kecil saja. Ibu kata yang penting kita ingat dan sayang dia....

Selamat Hari Jadi untuk LILA....