Jumaat, 30 Januari 2009

Belajar Buat Kad

Kad ni saya yang buat sendiri.Ibu kata saya punya kad cantik dan berbeza dari yang lain.Saya ingat buat kad susah rupanya senang.Kat bawah ni saya ada tunjuk gambar kad saya.Saya potong dan bentukkan kertas mengikut kehendak saya dan kemudian baru fikirkan ucapannya.Sebelah dalam kad saya ambil dari kad lama ibu, kad itu sudah tertulis perkataan sayang awak.Jadi saya tambahkan menjadi Sayang Nyawa Awak...macam yang dalam TV tu...hehehe...Ibu kata kalau dia jadi cikgu dia akan bagi 100 peratus markah untuk saya sebab ibu tak pernah jumpa kad yang ada ucapan macam ni...
Saya bangga dan gembira kerana dapat siapkan projek kad ini.

Sila tekan butang PLAY

Galeri Lukisan saya

Di bawah ini adalah antara koleksi terbaru lukisan saya. Semua ini adalah watak kartun dalam cerita animasi Ben 10. Ben 10 ialah salah satu cerita animasi kegemaran saya...




Sabtu, 3 Januari 2009

KOMIK PERTAMA SAYA

Saya Alif Afdal Norizal. Berumur 10tahun. Saya suka pada aktiviti lasak, suka main kereta control dan bola sepak. Saya suka cerita robot Tranformers...Saya juga suka melukis.Ibu kata saya ada bakat melukis macam babah.Saya nak jadi terror macam babah saya, pandai melukis. Saya ada beberapa buku lukisan dan komik Malaysia. Satuhari saya pun nak jadi macam mereka dan bersama - sama menaikkan taraf lukisan Malaysia. Babah pun tak lama lagi akan ada buku sendiri dan akan dijual diseluruh Malaysia... Best sangat!!! Ibu kata malulah kalau anak pelukis tak pandai melukis... Nasib baik saya pandai lukis, he...he...he...
Di sini saya letakkan Komik saya yang pertama dan sebahagian dari lukisan saya.Saya harap dapat ramai kawan nanti...


Arahkan cursor pada gambar untuk mengarah henti perjalanan gambar.