Jumaat, 11 Disember 2009

Untuk IBU, SELAMAT HARI JADI.....

Pada Selasa lepas, adalah hari jadi ibu saya. Malam Isnin tu babah kami sekeluarga makan, sempena hari jadi ibu...Babah cakap ibu boleh makan apa saja.Babah bawak kami makan di Restoran Kunang - Kunang. Tempat tu cantik sangat, makanannya pun sedap sedap. Saya makan nasi yang sangat sedap.Macam macam kami makan....sampai kenyang !!!

Kami sempat bergambar di situ untuk kenangan. Saya takkan lupa waktu ini....

Esoknya babah belikan kek besar untuk ibu. Kek tu rasa cheese. Sedap sangat...kami sambut hari lahir di rumah pula tapi sederhana saja. Babah hadiahkan ibu rantai...Kami rasa gembira dann bahagia. Saya sangat sayang keluarga saya.

Untuk IBU, SELAMAT HARI JADI.....

Isnin, 16 November 2009

ALADIN BIRTHDAY

Hai..... hari ni saya nak cerita tentang adik saya yang comel... baru - baru ni, kami sekeluarga menyambut hari jadi adik lelaki saya. Namanya Aladdin, sambutan hari jadi ini adalah hari jadi yang ke-3. Kami sambut keluarga saja tapi kami sambut dengan meriah....

Pada hari itu, kami hias rumah dengan cantik... Ibu juga sediakan makanan yang sedap - sedap.
Babah pula belikan hadiah dan kek untuk Aladin. Malam sebelum hari jadi Aladdin kami pergi ke Tesco membeli perhiasan untuk hari jadi Aladdin. Saya sangat seronok memilih sehingga rasa nak beli semua.... tapi ibu cakap kita gunakan tema biru. jadi semua perhiasan kami pilih warna biru...Kami beli belon, perhiasan dinding dan macam macam lagi. Paling istimewa, kami beli lilin bentuk lampu aladdin, sesuai sangat dengan adik saya, Aladdin.... Saya suka tengok.... Aladdin cakap dia hensem... kami sekeluarga gelihati melihat perangai Aladdin....


ALADIN BIRTHDAY

Hai..... hari ni saya nak cerita tentang adik saya yang comel... baru - baru ni, kami sekeluarga menyambut hari jadi adik lelaki saya. Namanya Aladdin, sambutan hari jadi ini adalah hari jadi yang ke-3. Kami sambut keluarga saja tapi kami sambut dengan meriah....

Pada hari itu, kami hias rumah dengan cantik... Ibu juga sediakan makanan yang sedap - sedap. Babah pula belikan hadiah dan kek untuk Aladin. Malam sebelum hari jadi Aladdin kami pergi ke Tesco membeli perhiasan untuk hari jadi Aladdin. Saya sangat seronok memilih sehingga rasa nak beli semua.... tapi ibu cakap kita gunakan tema biru. jadi semua perhiasan kami pilih warna biru...Kami beli belon, perhiasan dinding dan macam macam lagi. Paling istimewa, kami beli lilin bentuk lampu aladdin, sesuai sangat dengan adik saya, Aladdin....



Jumaat, 12 Jun 2009

KEMPEN MARI MEMBACA DI PERPUSTAKAAN NEGARA.

Cuti sekolah saya dan keluarga telah melawat ke Perpustakaan Negara. Perpustakaan Negara membuat aktiviti yang menarik di situ sempena Kempen Mari Membaca. Saya dan adik beradik masuk ke bahagian perpustakaan kanak - kanak.Di dalam perpustakaan kanak - kanak sungguh cantik dan berwara-warni. Memang sesuai untuk kanak-kanak. Ada banyak buku yang best... Buku - buku itu pula disusun mengikut kategori, jadi senanglah saya nak mencarinya.

Di dalam perpustakaan itu ada juga satu ruang bernama Pusat Hipermedia. Di situ ada beberapa buah komputer yang boleh diguna oleh kanak-kanak. Tapi saya tidak sempat mengunakan komputer di situ kerana terlalu ramai orang yang masih menunggu giliran. Saya hanya sempat masuk ke Sudut Ceria. Di situ ada sebuah TV besar yang menayangkan cerita pembelajaran. Di dinding perpustakaan ada satu lukisan besar yang cantik. Lukisan itu tertulis I LOVE BOOK... Saya harap saya ada satu lukisan begitu di bilik saya. Saya beruntung datang ke sini dan bangga dapat bersama sama menjayakan Kempen Mari Membaca.

Jumaat, 30 Januari 2009

Belajar Buat Kad

Kad ni saya yang buat sendiri.Ibu kata saya punya kad cantik dan berbeza dari yang lain.Saya ingat buat kad susah rupanya senang.Kat bawah ni saya ada tunjuk gambar kad saya.Saya potong dan bentukkan kertas mengikut kehendak saya dan kemudian baru fikirkan ucapannya.Sebelah dalam kad saya ambil dari kad lama ibu, kad itu sudah tertulis perkataan sayang awak.Jadi saya tambahkan menjadi Sayang Nyawa Awak...macam yang dalam TV tu...hehehe...Ibu kata kalau dia jadi cikgu dia akan bagi 100 peratus markah untuk saya sebab ibu tak pernah jumpa kad yang ada ucapan macam ni...
Saya bangga dan gembira kerana dapat siapkan projek kad ini.

Sila tekan butang PLAY

Galeri Lukisan saya

Di bawah ini adalah antara koleksi terbaru lukisan saya. Semua ini adalah watak kartun dalam cerita animasi Ben 10. Ben 10 ialah salah satu cerita animasi kegemaran saya...




Sabtu, 3 Januari 2009

KOMIK PERTAMA SAYA

Saya Alif Afdal Norizal. Berumur 10tahun. Saya suka pada aktiviti lasak, suka main kereta control dan bola sepak. Saya suka cerita robot Tranformers...Saya juga suka melukis.Ibu kata saya ada bakat melukis macam babah.Saya nak jadi terror macam babah saya, pandai melukis. Saya ada beberapa buku lukisan dan komik Malaysia. Satuhari saya pun nak jadi macam mereka dan bersama - sama menaikkan taraf lukisan Malaysia. Babah pun tak lama lagi akan ada buku sendiri dan akan dijual diseluruh Malaysia... Best sangat!!! Ibu kata malulah kalau anak pelukis tak pandai melukis... Nasib baik saya pandai lukis, he...he...he...
Di sini saya letakkan Komik saya yang pertama dan sebahagian dari lukisan saya.Saya harap dapat ramai kawan nanti...


Arahkan cursor pada gambar untuk mengarah henti perjalanan gambar.